semalam aku dan suami telah mendapat satu motivasi diri daripada kisah hidup seseorang...rupa-rupanya benarlah seperti yang kita pernah dengar, setiap orang akan mendapat ujian daripada Allah, sama ada ujian dari segi kesenangan ataupun ujian dari segi kesusahan..
kekadang jangan kita sangka orang yang berumah besar, berkereta besar, ada perniagaan dan nampak berduit tu sebenarnya mempunyai kehidupan yang mewah, selesa dan bahagia..dan kekadang kita melihat orang yang hidupnya susah, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, poket pun kadang2 kering, mempunyai kehidupan yang menyeksakan dan membebankan...sebabnya, baru semalam aku mendapat tahu...bawaha apa yang kita pandang dari segi luaran itu, bukan semestinya menggambarkan keadaan yang sebenar..
alkisahnya ada seorang hamba Allah ni yang baik hati..mempunyai rumah yang besar, mempunyai perniagaan jugak..tapi semalam mengadu nasib kepada suami ku tentang hidupnya yang dibelenggu hutang piutang, masalah kewangan yang membebankan..bukan niatnyer meminta bantuan kewangan daripada suami ku, cuma sekadar ingin meluahkan perasaan..maklumlah, sama2 lelaki senang skit nak bercerita..
selepas mendengar kisah hamba Allah ni yang diberi ujian melalui nikmat kemewahan yang diperolehinya, aku dan suami tersedar dari lamunan...Ya Allah, baru kami tersedar, alhamdulillah......rupanya kehidupan kami yang kekadang tersepit ni rupanya lebih baik daripada hamba Allah ni..sesusah susah kami, kami masih mampu berbelanja, masih boleh beli itu, beli ini, buat simpanan lagi..alhamdulillah...syukur sangat2...
pernah dulu kami mengeluh kerana terpaksa makan nasi dengan kicap dan ikan masin jer sebab tak der duit..waktu tu suami pun belum bekerja lagi..baru je lepas kahwin..teringat kisah tu, benar2 bersyukur..at least dapat jugak makan dan isi perut..tp hamba Allah ni, pakai kereta besar pun, isi minyak tak pernah lebih RM 10..biasa isi RM 5 jer..sebabnya tak der duit dalam wallet..masyaAllah, susah lagi ujian dia daripada kami...
syukur Ya Allah...kami bersyukur kepada Mu atas segala nikmat yang Engkau kurniakan..walaupun sedikit, namun berkatilah rezeki kami ini Ya Allah...
No comments:
Post a Comment
.. Feel Free To Comments ..