Saya Pengedar Sah Produk Makanan Sunnah Qaseh Gold Ana Edar Sdn Bhd. Postage ke seluruh malaysia dan COD di sekitar Dungun, Paka, Kuala Terengganu. Hubungi @ SMS @ WhatsApp @ Telegram Saya di Talian 019-9565672
Wednesday, 29 April 2015
..:: KHASIAT & CARA MAKAN HABBATUS SAUDA ::..
Friday, 17 April 2015
.:: APA ITU MIGRAIN ::.
Migrain merupakan salah satu sebab kepada sakit kepala yang berulang. Kira-kira 1 daripada 4 wanita dan 1 daripada 12 lelaki mengidap migrain pada suatu masa sepanjang hayat mereka. Biasanya migrain bermula dari zaman kanak-kanak atau remaja, dan menjadi lebih ketara pada zaman remaja. Umumnya migrain menjadi kurang kerap selepas umur 45-50 tahun, walaupun ada yang mungkin tidak hilang seumur hidup mereka. Punca sebenar migrain masih tidak diketahui. Namun begitu, peluang untuk seseorang mendapat migrain menjadi lebih tinggi jika ahli keluarga terdekatnya juga mengidap migrain.
Migrain secara umumnya boleh dibahagikan kepada 2 jenis yang utama :
✔ Migrain tanpa aura: pesakit mendapat sakit kepala tanpa aura (tanda amaran). Ini adalah 5 kali lebih kerap daripada migrain dengan aura.
✔Migrain dengan aura: sakit kepala didahului dengan aura.
Gejala-gejala
A. Sakit kepala 💆
✔Sakit kepala migrain biasanya terjadi pada sebelah kepala sahaja dan biasanya digambarkan sebagai ‘berdenyut’. Kadang-kadang sakit juga boleh dirasai pada kedua-dua belah kepala. Biasanya, kesakitan bertambah secara perlahan-lahan, selepas itu ia beransur pulih dan hilang sepenuhnya selepas 4-72 jam. Kesakitan migrain boleh berada pada tahap sederhana atau sangat sakit. Pesakit mengadu mereka tidak dapat meneruskan kerja atau aktiviti-aktiviti apabila diserang oleh migrain. Serangan migrain mungkin jarang berlaku, contohnya sekali dalam beberapa bulan, atau kadang-kadang lebih kerap contohnya beberapa kali dalam seminggu.
✔Selain itu, pesakit boleh merasa loya dan kadang-kadang muntah. Semasa serangan migrain, kebanyakan pesakit tidak tahan dengan cahaya yang terang atau bunyi yang kuat, dan mereka lebih selesa berbaring di dalam bilik yang gelap sehingga sakit kepala hilang. Pergerakan kepala juga mungkin menyebabkan kesakitan bertambah.
B. Aura ⚠
✔Aura bermaksud tanda-tanda amaran sebelum sakit kepala. Biasanya ia berlaku selama 1-15 minit. Contoh-contoh aura ialah:
🙈Aura penglihatan (visual aura): contohnya kehilangan sebahagian daripada penglihatan secara sementara, dan kelipan cahaya seperti garisan zig-zag yang merebak sebelum hilang sepenuhnya dari penglihatan, Perasaan kebas pada bibir, muka dan tangan atau Masalah pertuturan
Lain-lain: bau atau perasaan yang aneh, sedikit kekeliruan dalam pemikiran
✔Sebelum setiap serangan, pesakit mungkin mengalami perubahan dalam perasaan dan selera yang tidak begitu ketara. Perasaan ini bermula beberapa jam atau beberapa hari sebelum sakit kepala yang sebenar. Ini diikuti dengan aura, kemudian sakit kepala. Akhirnya sakit kepala hilang secara beransur-ansur. Pada masa ini pesakit mungkin berasa letih, senang marah, murung dan mungkin menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian.
C. Faktor pencetus💣
Migrain mungkin berlaku lebih kerap jika adanya faktor pencetus :
🍕Makanan: alkohol, buah-buahan sitrus, kafein (kopi, teh), makanan yang mengandungi tyramine (keju, yogurt, kacang dan sebagainya)
🌁Persekitaran: merokok atau bilik yang berasap rokok, cahaya terang seperti skrin yang terang atau cahaya yang berkelipan dari rancangan televisyen, bunyi bising, dan bau yang kuat contohnya minyak wangi
😳Psikologi:Kemurungan, cemas, marah, keletihan, tekanan dan sebagainya. Sesetengah serangan sakit kepala tidak berlaku semasa pesakit mengalami tekanan, tetapi berlaku apabila pesakit berada dalam keadaan yang relaks, sepertimana yang dipanggil ‘migrainhujung minggu’ (weekend migraine)
💊Ubat-ubatan: rawatan hormon, sesetengah ubat tidur dan ubat perancang keluarga. haid, pertukaran masa tidur, putus haid
Namun begitu kesan daripada faktor-faktor di atas mungkin tidak sama bagi semua pesakit, contohnya untuk sesetengah pesakit serangan migrain tidak menjadi lebih kerap walaupun mereka mengambil keju dan coklat.
Migrain yang jarang berlaku
a. Migrain semasa haid (Menstrual migrain)
Migrain yang hanya berlaku sekitar haid, tetapi tidak menyerang pada masa-masa lain
b. Abdominal migraine
Biasanya berlaku pada kanak-kanak. Serangan adalah dalam bentuk sakit perut selama beberapa jam tanpa sakit kepala
c. Ocular migraine
Ia menyebabkan kehilangan semua atau sebahagian daripada penglihatan pada sebelah mata, atau kadang-kadang pergerakan mata yang tidak normal.
d. Hemiplegic migraine
Serangan dalam bentuk sakit kepala dan lemah pada satu belah badan. Ia boleh menyebabkan kekeliruan dengan angin ahmar (strok).
e. Basilar-type migraine
Tanda-tandanya termasuk sakit pada bahagian belakang kepala, dan aura yang luar biasa contohnya menjadi buta secara sementara, imej berganda, pening yang memusing, dengung, pertuturan yang tidak jelas dan pening kepala.
🔬Diagnosa
Seseorang pesakit diputuskan sebagai mengidap migrain berdasarkan gejala-gejala yang khas seperti di atas, setelah doktor berpuas hati daripada pemeriksaaan fizikal bahawa pesakit tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda yang luar biasa. Tidak ada ujian yang khusus untuk migrain. Kadang-kadang pesakit juga boleh mendapat sakit kepala yang lain sebagai tambahan kepada sakit migrain. Doktor yang merawat seharusnya bertanyakan semua tanda-tanda secara terperinci untuk membuat diagnosa yang betul. Jika terdapat ketidakpastian, ujian-ujian seperti pemeriksaan darah atau imbasan kepala (scan) perlu dibuat untuk memastikan tiada punca sakit kepala yang lain.
Rawatan
Rawatan migrain boleh dibahagikan kepada rawatan akut dan rawatan pencegahan. Pesakit adalah dinasihatkan untuk berunding dengan doktor mereka sebelum memulakan rawatan.
a. Rawatan akut:
Tujuan rawatan akut ialah untuk memberikan kelegaan yang segera. Ubat penahan sakit haruslah diambil secepat mungkin apabila tanda-tanda sakit kepala baru bermula, untuk mengurangkan tahap kesakitan atau menghilangkan sakit secara sepenuhnya. Contoh-contoh ubat penahan sakit ialah paracetamol (Panadol), mefenamic acid(ponstan), ibuprofen, diclofenac(voltaren), naproxen(synflex) dan sebagainya.
Rawatan ini boleh diulangi beberapa jam kemudian jika tiada kelegaan. Namun begitu, ubat-ubat ini tidak harus digunakan terlalu kerap kerana ia boleh menyebabkan sakit kepala menjadi lagi teruk jika digunakan berlebihan. Pesakit juga perlu berwaspada dengan kesan-kesan sampingan ubat penahan sakit sebelum mengambilnya, contohnya masalah gastrik dan alahan terhadap ubat sebegini.
Untuk loya dan muntah, pesakit boleh mengambil ubat penahan muntah. Ubat penahan muntah dalam bentuk mudah larut lebih senang diserap oleh badan. Contoh ubat penahan muntah ialah metoclopramide (maxolon)dan prochlorperazine( stemetil).
Ubat daripada kumpulan triptan (contohnya sumatriptan) boleh diambil jika ubat penahan sakit tidak berkesan. Ubat-ubat ini adalah khas untuk migrain dan biasanya ia berkesan untuk mengurangkan atau menghilangkan sakit kepala. Pesakit haruslah mengambil dos pertama dengan awal semasa sakit baru bermula, untuk mendapatkan kesan yang terbaik.
Ergot alkaloid seperti cafergot juga digunakan dalam serangan migrain yang teruk, tetapi ia haruslah dielakkan bagi golongan yang berumur, ibu yang mengandung dan pesakit yang mempunyai masalah jantung.
b. Rawatan pencegahan
Rawatan pencegahan membantu untuk mengurangkan tahap kesakitan serta kekerapan serangan migrain. Ia diberikan apabila sakit kepala menjadi terlalu kuat atau terlalu kerap, dan mula mengganggu aktiviti seharian atau pekerjaan pesakit. Ia haruslah diambil setiap hari secara berterusan, walaupun sakit kepala tidak berlaku pada hari tersebut. Rawatan boleh dihentikan selepas 3 atau 6 bulan jika sakit kepala adalah terkawal.
Contoh-contoh rawatan pencegahan adalah: pizotifen (sandomigran), flunarizine(sibelium), propranolol, sodium valproic(epilim) dan sebagainya. Pilihan ubat adalah berdasarkan kesesuaian dan kesan-kesan sampingan yang dihadapi oleh setiap pesakit.
c. Rawatan tanpa ubatan
Selain mengambil rawatan ubatan, pesakit juga dinasihatkan mengambil rawatan tanpa uabtan untuk mengurangkan serangan migrain seperti ‘relaxation training’, menangani stres, mengelakkan faktor pencetus seperti cahaya yang terang, setengah makanan/minuman, stres dan kurang tidur.
Komplikasi
Jarang sekali, pesakit mungkin boleh mendapat angin ahmar yang berkaitan dengan serangan migrain. Sesetengah pesakit pula mungkin mendapat serangan yang sangat teruk dan berpanjangan yang dipanggil ’status migrainosus’, di mana ubat tahan sakit yang lebih kuat biasanya diperlukan.
Kesimpulan
Serangan migrain yang kerap atau teruk boleh menggangu kehidupan seharian. Pesakit digalakkan untuk mendapatkan rawatan bagi mengawal gejala migrain untuk menjamin kualiti hidup yang lebih baik.
********************************
Berdasarkan info tentang migrain di atas, salah satu alternatif untuk merawat masalah migrain adalah dengan mengamalkan makanan sunnag Qaseh Gold. Ini kerana kandungan asid amino tryptophan dan fenylalanine daripada kurma membantu untuk menstabilkan mood dan emosi seseorang.
Apabila emosi kita stabil dan kurang mengalami stress, insya allah masalah migrain sukar untuk dihadapi oleh kita. Telah banyak testimoni yang kami perolehi oleh mereka yang mengidap migrain ini. Cara untuk mengkonsumsi qaseh pula adalah sangat mudah. Hanya 2 - 3 sudu diwaktu pagi dan malam, insya allah anda akan dapat kualiti hidup yang lebih baik.
Berminat untyk mencuba boleh hubungi saya di talian 019 9565672. Available sepanjang waktu..insya Allah..
Saturday, 4 April 2015
.:: PUNCA MASALAH SENGGUGUT ATAU "PERIOD PAIN" ::.
Sakit perut ketika kedatangan haid adalah satu simptom yang lazim dikemukakan kepada pakar sakit puan. Sakit perut ketika haid ini dikenali sebagai senggugut ataupun terminologi perubatannya ialah "dysmenorrhoea".
Senggugut boleh dibahagikan kepada dua jenis. Jenis pertama dipanggil senggugut primer (primary dysmenorrhoea) dan jenis kedua senggugut sekunder (secondary dysmenorrhoea).
Senggugut primer berlaku apabila kesakitan dialami tidak disebabkan oleh penyakit di pelvis seperti adanya jangkitan kuman.
Senggugut jenis ini lazimnya berkait rapat dengan proses ovulasi yang berlaku pada kitaran haid berkenaan. Senggugut ini memang biasa (23 hingga 25 peratus) melanda golongan remaja.
Kesakitan senggugut ini berlaku hanya untuk satu atau dua hari saja sewaktu pendarahan haid. Lazimnya kesakitan ini boleh dikawal dengan mengambil ubat penahan sakit seperti paracetamol.
Kesakitan senggugut primer ini disebabkan oleh pengeluaran prostaglandin daripada dinding rahim secara berlebihan. Prostaglandin akan menyebabkan pengecutan otot rahim berlaku dengan lebih kuat.
Seseorang wanita perlu memahami punca kesakitan senggugut primer ini untuk mengelakkannya daripada berasa susah hati dan berfikiran bukan-bukan.
Oleh sebab kesakitan kuat yang dialami, ada wanita memikirkan bahawa dia diserang penyakit yang serius dan seterusnya akan menyebabkan kesukaran hamil. Dengan mengetahui puncanya, rawatan dapat diberikan dengan lebih berkesan.
Kadangkala dengan kefahaman ini juga, rawatan minda tanpa ubat-ubatan sudah cukup untuk memberikan kesan yang baik.
Jika kesakitan berlaku terlalu teruk sehinggakan mengganggu kerja harian seperti terpaksa bercuti daripada ke sekolah atau berkerja, rawatan dengan ubat-ubatan perlulah diberikan supaya perjalanan hidup harian boleh berlaku seperti biasa walaupun dengan kedatangan haid.
Penggunaan pil perancang boleh mengelakkan kesakitan senggugut kerana pil ini akan menghalang proses ovulasi. Lazimnya rawatan jenis ini akan diberikan kepada wanita yang lebih tua dengan kemungkinan pada masa yang sama mereka memerlukan kaedah untuk menjarak kelahiran anak.
Lazimnya, rawatan kepada remaja seperti adik adalah melalui ubat-ubatan untuk menahan kesakitan ketika kedatangan haid saja. Kumpulan ubat-ubatan yang diberikan adalah daripada kumpulan (NSAIDS).
Keberkesanan ubat-ubatan jenis ini adalah mencapai 80 peratus. Kejayaan ini diperoleh kerana ubat-ubatan jenis ini menghalang pengeluaran prostagladin daripada dinding rahim. Oleh itu, pengambilan ubat ini perlulah dilakukan sebaik saja pendarahan haid bermula ataupun apabila mula terasa sakit.
Sakit gastrik adalah salah satu kesan sampingan daripada rawatan menggunakan ubat-ubatan ini yang lazim berlaku.
Jika rawatan di atas gagal untuk merawat kesakitan senggugut, besar kemungkinan kesakitan itu bukan disebabkan oleh senggugut primer.
Bagaimanapun, kesakitan mungkin disebabkan senggugut sekunder yang timbul daripada masalah penyakit pelvis. Oleh itu, siasatan perlu dilakukan untuk mengenal pasti penyakit itu dan rawatan yang tepat untuk penyakit perlu diberikan.
Sehubungan itu, adik perlu berjumpa doktor dan memberitahu mengenai masalah dialami dan jangan malu untuk memberitahu orang dewasa seperti ibu adik.
Pertolongan dapat diberikan apabila masalah ini dibincangkan dengan orang dewasa atau doktor. Remaja tidak perlu menderita menanggung kesakitan kerana malu untuk menceritakan masalahnya kepada orang dewasa.
============================
Untuk makluman anda, produk Qaseh Gold Adinda berupaya merawat masalah SENGGUGUT ketika datang haid. Nak tahu caranya, anda boleh la menghubungi saya untuk mendapatkan konsultasi percuma. Insya allah, beeikhtiar dengan makanan sunnah..sihat dapat..pahala pun dapat!
Konsultan Kesihatan Qaseh
Sharifah (U17/0225-382)
☎ 0199565672
✉ qasehsharifah@gmail.com
.:: MAT SALLEH PUN BERQASEH?? ::.
Hello semua..
Acu tengok..acu tengok tu!!!!
Even mat salleh pun dah minum makanan sunnah qaseh gold kekanda selepas mengetahui kebaikan makanan sunnah ni.
Apa ada dalam Qaseh Kekanda???
⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇⬇
Kurma + Madu + Delima + Tiin + Zaitun + Habbatussauda + Air Zam Zam + Gum Arab + Sireh + Za'faran + Gingko + Ashwaganda + Guarana + Tribulus
⬆⬆⬆⬆⬆⬆⬆⬆⬆⬆⬆⬆
KEBAIKAN Qaseh Kekanda???
👍membekal tenaga berpanjangan
👍melancarkan sistem penghadaman
👍melancarkan perjalanan darah / tekanan darah
👍merawat / menambah tenaga batin
👍melegakan sakit kepala & migrain
👍mengurangkan keletihan & stress
👍menguatkan sistem imun
👍mencerdaskan minda
Nak cuba??? PM CIK PAH ⏩ 019 9565672
.:: MISS V BERBAU??? ::.
[ MASALAH KEPUTIHAN ????]
Wanita mane tak happy kalu keputihan dah hilang kan? Bila dirisik2 wanita sekeliling, ramai yg bgtau dia ada keputihan. Ish ish ish.
kalau yg biasa2 boleh la tahan,tp kalu yg teruk2 tu korang leh tahan ke? Dengan GATAL nye, BAU yg x menyenangkan nya, dan mcm2 lagi lah.
Kalau yg dah bersuami tu, anda x segan ke bila cik abg komplen? cik pah segan! Mintak jauh la dr komen2 mcm tu.
Buat ibu yg hamil plak, kekadang adalah normal ada keputihan,tp x boleh dibiarkan. Nti akan memberi kesan pada bayi dlm kandungan anda.
So, penyelesaiannya, berikhtiarlah dgn QASEH GOLD ADINDA. ramai yg memberikan feedback yg positif pd cik pah lepas consume adinda. bukan reka-rekaan tau. Tp dr adinda dan sahabat cik pah sendiri. Alhamdulillah, cik pah happy!
berminat pm cik pah ye. Jgn malu jgn segan, cik pah nk bantu korang,bukan semata2 borak kosong.
PM --> https://www.facebook.com/messages/qasehsharifah
Atau
SMS/WHATSAPP/TELEGRAM 0199565672
Friday, 3 April 2015
.:: Luahan Si Ibu ::.
Antara Luahan seorang ibu
1. " Anak saya selalu demam, batuk dan selsema. Dah puas bagi ubat klinik. Rasa nak cuba supplement qaseh lah pulak. Ok ke? "
2. " Anak saya selalu sembelit lah. Boleh ke cuba qaseh? "
3. " Anak saya lemah dlm pelajaran .. Cikgu kata mcm tak der fokus. Risau lah saya. Boleh mkn qaseh ke? "
Itu lah naluri seorg ibu..mesti sentiasa fikirkan masalah anak2 kan? Insya allah, ibu2 sekalian boleh cuba qaseh utk masalah2 seperti di atas 👆 . Walaupun masalah yang berbeza, TAPI PENYELESAIANNYA HANYA 1 AJER!!! KENAPA????
Kerana kandungan makan sunnah dan makanan minda di dalam #Qaseh #Gold #Junior dapat menyelesaikan segala masalah tersebut.
✔ Khasiat daripada KURMA dan MADU yang merupakan anti oksidan yang baik mampu menguatkan sistem pertahanan tubuh badan si manja anda.
✔ Kandungan serat yang tinggi di dalam Kurma kerana produk qaseh menggunakan PES KURMA dan bukan jus kurma yer. So serat tu adalah lebih di dlm qaseh junior. Tambahan pula GUM ARAB di dlm qaseh juga membantu sistem penghadaman menjadi lebih baik. Gum arab adalah prebiotik semulajadi yg khusus untuk kesihatan sistem pencernaan anak anda
✔KISMIS & BADAM adalah makanan minda yang terbukti dapat meransang sistem otak dan meningkatkan tumpuan anak2 anda di dalam pelajaran.
Penyelesaiannya ⏩⏩⏩ 1 BOTOL UTK SEMUA MASALAH😉😉😉
PASTI MASALAH ANAK ANDA SELESAI!!!
DAPATKAN SEKARANG!
PM 019 9565672 (SHARIFAH)
.:: SIHAT ROHANI & JASMANI ::.
Assalamualaikum... Salam Mesra..Salam Qaseh Sayang buat semua di luar sana.
♡♢♡♢♡♢♡♢♡♢♡♢♡♢♡♢♡♢♡
📣📣📣 PROMOSI QASEH GOLD APRIL 2015!!!
♢♡♢♡♢♡♢♡♢♡♢♡♢♡♢♡♢♡♢
Dengan setiap pembelian Qaseh Gold Kekanda / Adinda / Junior, anda akan dihadiahkan dengan SEBOTOL AIR DOA AS-SYIFA' yang telah dibacakan Ayat-ayat Al-Quran serta Doa-doa Pilihan seperti:-
* solat hajat * bacaan yasin
* ayat manzil * ayat munjiyat
* ayat syifa' * selawat syifa'
* selawat tafrijiyyah * bismillah 5
* bismillah 7 * ruqyah jibril
* doa menghindari syaitan
* doa menyembuhkan segala jenis penyakit
* doa penyakit kronik * doa sukar tidur
* doa nabi sulaiman * doa pelembut hati
* doa penerangan hati * doa sihir
* doa santau * doa gangguan makhluk halus
* doa sawan tangis * doa stress
* doa putus cinta (mengatasi masalah kekecewaan)
* doa penenang jiwa * doa menghentikan tabiat jahat
* doa pendekatan jodoh (ayatul mahabbah)
* doa darah tinggi * doa kencing manis
* doa buah pinggang * doa sakit jantung
* doa kayap * doa gastrik * doa lumpuh
* kanser * doa sakit kepala
* doa batu karang * doa gaut
* doa nyanyuk * doa selusuh
* doa sukar bersalin * doa zuriat
* doa fobia * doa lekat tulang
* doa koma dan berbagai doa yang lain lagi....
=====================================
Disamping kita berikhtiar dengan QASEH, tidak dinafikan bahawa rawatan secara SPIRITUAL juga adalah PENTING.
======================================
Insya allah...SIHAT ROHANI & JASMANI DENGAN QASEH GOLD!!!
☎ CALL @ WHATSAPP 019 956 5672
✉ qasehsharifah@gmail.com
Nota:- Air Doa As-Syifa Dibacakan Oleh Ustaz Syed Abdillah Al-Kherid
☆ Ijazah Syahadah Tahfiz AlQuran
☆ Guru Kelas Talaqqi AlQuran
Thursday, 2 April 2015
.:: AWAS SELSEMA!!! ::.
Anda kerap diserang selsema? Seprti yang diketahui umum, selsema merupakan gejala biasa dan kerap dihadapi oleh kebanyakan penduduk di dunia. Ia merupakan satu jangkitan yang memberi kesan terhadap salur-salur hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh virus. Selsema boleh tersebar dengan mudah apabila seseorang itu BATUK, BERSIN, BERCAKAP atau pun SENTUHAN secara langsung.
Dah tahu apa itu SELSEMA mesti kena tahu apa pula GEJALA & TANDA JANGKITAN kan.. Kalau tak macam mana nak mencegah sebelum terkena kan? Ok lah..antara gejala atau tanda yang anada telah terkena jangkitan virus selsema adalah seperti :-
⏩ Kerongkong kering & sakit
⏩ Hidung berair
⏩ Batuk
⏩ Bersin
⏩ Hidung tersumbat
⏩ Sakit kepala
⏩ Demam yang ringan
⏩ Sakit badan
⏩ Mata berair
Apabila diserang selsema, ada beberapa perkara yang perlu kita lakukan sebagai langkah pencegahan supaya ianya tidak merebak kepada orang lain dan juga supaya selsema tersebut tidak berlarutan dalam tempoh yang panjang. Antaranya ialah:-
✔ Makan makanan yang seimbang
✔ Jauhi tempat yang sesak
✔ Jauhi daripada individu yang menghadapi selsema
✔ Tutup hidung dan mulut apabila bersin
✔ Basuh tangan dengan sempurna SEBELUM, SEMASA & SELEPAS memasak dan mengendalikan makanan
✔ Mendapatkan rawatan selsema dengan pegawai perubatan
✔ Tidur secukupnya
✔ Ambil buah-buahan yang tinggi kandungan vitamin C seperti buah oren
✔ Minum lebih banyak air suam
📣📣📣 PERHATIAN!!!
⚠⚠⚠⚠ AWAS!!!
Sekiranya berlaku gejala seperti di bawah, terus berjumpa dengan doktor yer!!!
☆ Selsema yang berlarutan disertai deman ringan yang berpanjangan
☆ Berlakunya sakit dada
☆ Susah untuk bernafas
☆ Terdapat kahak berwarna kuning
P/s:
* Selsema mudah berjangkit tau!!!
* Jangan pandang ringan masalah selsema anda
INSYA ALLAH, next topic cik pah share dengan you all semua tentang Petua-petua Tradisional untuk merawat SELSEMA...TUNGGU!!!!
Sumber: Majalah RAPI APRIL 2015
