Thursday, 2 April 2015

.:: AWAS SELSEMA!!! ::.

Anda kerap diserang selsema? Seprti yang diketahui umum, selsema merupakan gejala biasa dan kerap dihadapi oleh kebanyakan penduduk di dunia. Ia merupakan satu jangkitan yang memberi kesan terhadap salur-salur hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh virus. Selsema boleh tersebar dengan mudah apabila seseorang itu BATUK, BERSIN, BERCAKAP atau pun SENTUHAN secara langsung.

Dah tahu apa itu SELSEMA mesti kena tahu apa pula GEJALA & TANDA JANGKITAN kan.. Kalau tak macam mana nak mencegah sebelum terkena kan? Ok lah..antara gejala atau tanda yang anada telah terkena jangkitan virus selsema adalah seperti :-

⏩ Kerongkong kering & sakit
⏩ Hidung berair
⏩ Batuk
⏩ Bersin
⏩ Hidung tersumbat
⏩ Sakit kepala
⏩ Demam yang ringan
⏩ Sakit badan
⏩ Mata berair

Apabila diserang selsema, ada beberapa perkara yang perlu kita lakukan sebagai langkah pencegahan supaya ianya tidak merebak kepada orang lain dan juga supaya selsema tersebut tidak berlarutan dalam tempoh yang panjang. Antaranya ialah:-

✔ Makan makanan yang seimbang
✔ Jauhi tempat yang sesak
✔ Jauhi daripada individu yang menghadapi selsema
✔ Tutup hidung dan mulut apabila bersin
✔ Basuh tangan dengan sempurna SEBELUM, SEMASA & SELEPAS memasak dan mengendalikan makanan
✔ Mendapatkan rawatan selsema dengan pegawai perubatan
✔ Tidur secukupnya
✔ Ambil buah-buahan yang tinggi kandungan vitamin C seperti buah oren
✔ Minum lebih banyak air suam

📣📣📣 PERHATIAN!!!
⚠⚠⚠⚠ AWAS!!!

Sekiranya berlaku gejala seperti di bawah, terus berjumpa dengan doktor yer!!!

☆ Selsema yang berlarutan disertai deman ringan yang berpanjangan
☆ Berlakunya sakit dada
☆ Susah untuk bernafas
☆ Terdapat kahak berwarna kuning

P/s:
* Selsema mudah berjangkit tau!!!
* Jangan pandang ringan masalah selsema anda

INSYA ALLAH, next topic cik pah share dengan you all semua tentang Petua-petua Tradisional untuk merawat SELSEMA...TUNGGU!!!!

Sumber: Majalah RAPI APRIL 2015
       

No comments:

Post a Comment

.. Feel Free To Comments ..