MASALAH SEMBELIT PADA KANAK-KANAK
-----------------------------------
💥Apakah simptom-simptom sembelit💥
✔Bagi bayi yang berusia kurang dari tiga bulan, sembelit jarang berlaku, walaupun bayi anda diberikan susu formula.
✔Sesetengah bayi akan mendengus dan meneran pada setiap pergerakan, walaupun tidak semestinya disebabkan sembelit. Tetapi, jika bayi anda menangis dan kelihatan tidak selesa, periksalah dengan pakar pediatrik anda. Jika bayi anda mengeluarkan najis pejal kurang daripada sekali sehari, ini biasanya adalah sembelit.
✔Bagi bayi yang lebih berusia dan sudah mula makan makanan pejal, simptom-simptomnya termasuklah:
👉 meragam, sakit abdomen dan gastrik;
👉 abdomen yang keras;
👉 sakit abdomen yang mengurangkan pembuangan air besar;
👉 najis bercampur darah, selalunya berpunca dari luka (fisur) rektum yang disebabkan oleh najis yang keras;
👉 najis yang sukar dikeluarkan dan berketul-ketul.
💥Kenapakah sembelit berlaku💥
✔Seorang bayi akan sembelit jika dia tidak mendapat cecair yang secukupnya. Jika masalah ini berlarutan, anda mesti membawanya untuk pemeriksaan. Doktor akan memastikan bahawa bayi tidak menghidapi penyakit atau sembelit itu akibat fisur dubur.
💥Bagaimana saya boleh merawatnya💥
✔ Anda perlu bertanya dengan pakar pediatrik anda sebelum mencuba apa-apa untuk melegakan keadaan bayi anda. Anda akan diminta membawanya untuk pemeriksaan.
✔ Bagi bayi yang lebih berusia yang makan makanan pejal, tanya doktor anda sama ada sesuai jika ditambah beberapa sudu buah prun yang dipurikan ke dalam makanan paginya atau diberikan dua sudu jus prun.
✔ Sesetengah pakar menyarankan supaya menambah satu sudu teh bijian bran ke dalam bijiran bayi anda untuk menambahkan serat, tetapi jangan terlebih tambah. Cuba berikan bayi anda buah-buahan dan sayur-sayuran (tetapi dengan sedikit-sedikit sahaja) supaya dia mendapat serat secukupnya dan juga mendapat minuman air yang banyak, termasuk air kosong.
💥Cara-cara berikut juga boleh membantu💥
👉 Cuba gerakkan kaki bayi anda jika dia sembelit. Ini akan membantu menggerakkan najis di dalam ususnya.
👉 Jika dia makan makanan pejal, kurangkan makanan penyebab sembelit seperti nasi, pisang atau bijiran.
👉 Sembelit pada bayi adalah perkara biasa, terutamanya apabila mereka mula makan makanan pejal sebab badan mereka baru belajar bagaimana menguruskan makanan baru.
👉 Dengan perhatian anda dan rawatan yang baik, lama-kelamaan, dia akan membuang air besar dengan lebih mudah dan tetap.
=================================
Tahukah anda bahawa kandungan serat yang tinggi daripada KURMA juga dapat membantu mengatasi masalah sembelit pada kanak-kanak.
Kurma mengandungi serat larut dan serat tak larut.
Fungsi serat larut
🔴 Memberikan rasa kenyang
🔴 Memperlahankan pergerakan dalaman usus utk memberikan rasa kenyang yg lama
🔴 Memperlahankan penyerapan glukosa di dalam darah
🔴 Menurunkan kolestrol
Fungsi serat tak larut
🔷 Baik untuk kesihatan usus
🔷 Mempercepatkan pergerakan di dalam usus untuk mengatasi masalah SEMBELIT
=================================
Qaseh Gold Junior mengandungi Pes Kurma yang sudah semestinya memberikan kandungan serat yang tinggi. Oleh itu, ia juga merupakan salah satu ikhtiar kebanyakan ibu bapa di luar sana untuk masalah sembelit anak2 mereka.
Anda ingin mencuba???
Jom borak2 dengan saya..insya allah, konsultasi yang percuma untuk anda!!
PM 019 9565672 ( sharifah)
#konsultanQaseh
#sihatitujihad
#raniaqasehdungun
No comments:
Post a Comment
.. Feel Free To Comments ..