Monday, 30 March 2015

..:: APA ANDA TAHU TENTANG GARAM?? ::..

Tahukah anda bahawa garam adalah salah satu unsur yang penting kepada tubuh badan kita. Tapi bukan garam yang putih berkilat yang harga murah tu tau!! Itu garam pembawa penyakit!!! Hehehe. Kita bercakap tentang garam yang sihat yer...GARAM KRISTAL MASAKAN 😉

Tahukah anda bahawa amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.

Garam terbukti telah menjadi satu sumber yang berharga sehinggakan pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji menggunakan garam .Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka.

Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam .Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.

Dari Abdullah Bin Umar

” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu BESI, API ,AIR dan GARAM

Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .

Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda ” Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam"

Sebab tu kalau kita perasan, even kalau nampak makanan yg rupanya menarik dan baunya sedap, tapi kalau tak cukup rase garam nye..TAWAR AJER..mesti terus reject kan? Tepat sekali dengan sabda Nabi Muhammad s.a.w tu kan?

Cik pah kongsikan dengan uolls semua info GARAM SIHAT ni yer..hehe
👇👇👇👇👇👇

Kenapa perlu memilih garam mineral.

Menurut Dr. Linus Pauling seorang saintis dan penerima dua anugerah Nobel,
"Setiap gejala dan penyakit berpunca daripada masalah ketidakseimbangan atau kekurangan zat mineral dalam tubuh."

Kita mendapat mineral daripada pemakanan (fresh food) tetapi kebanyakan makanan seperti buah dan sayur tidak berupaya membekalkan kesemua zat mineral yang badan perlukan.

Ini dibuktikan melalui kajian tentang zat mineral dan tumbuhan oleh Universiti Rutgers, New Jersey yakni tanah pertanian yang diulangbtanam berkali-kali telah ketandusan zat mineral bagi tanaman yang ditanam kemudian.

Kekurangan ini boleh disokong dengan garam mineral. Menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang, sodium klorida atau garam biasa mengundang pelbagai masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, alzheimer, strok, osteoporosis, gout dan masalah jantung.

Kristal garam mineral himalaya ini mengandungi 84 elemen galian terpenting. Zat mineral tugasnya membantu penyerapan vitamin dari makanan. Oleh itu, secubit garam yang diambil sebelum makan dapat melengkapkan mineral yang membantu penyerapan zat makanan sebelum makanan masuk ke dalam perut.

Kristal garam himalaya telah menjalani kajian saintifik dan ujian klinikal seperti dalam buku Water and Salt The Essence of Life oleh Dr. Barbara Hendel dan Peter Fereira. Garam ini digunakan dalam kajian memastikan keberkesanannya dalam membantu kita kembali sihat atau mengekalkan kesihatan. Kajian ini dijalankan di Universiti Graz, Austria pada tahun 2001 dan juga di Fenestra Laboratories, Nevada USA pada  2007. Hasil.Kajian ini mengesahkan kristal garam himalaya merupakan garam bermineral lengkap dan terbaik di dunia.

Islam telah lebih dulu mengiktiraf garam.

"Tidak baik sesuatu makanan itu melainkan dengan garam" (Anas Ibnu Malik)

Rujukan Kitab siyarus salikin oleh Sheikh Samad al-Palembangi

Garam mineral masakan hanya rm15.90 untuk 800gram

No comments:

Post a Comment

.. Feel Free To Comments ..