Sunday, 29 March 2015

..:: BAHAYA MAKANAN RINGAN ::..

🍀Tidak dinafikan lambakan makanan ringan di kedai-kedai, mini market, pasaraya, super market dan sebagainya adalah antara tumpuan utama untuk dikunjungi oleh ibu2 bapa2 ataupun kanak2. Boleh dikatakan setiap yang memborong di hypermarket akan ada di dalam troli merela sama ada chocolate, potato chips, twisties, minuman bergas, gula2 atau pun apa sahaja yang kita kategorikan sebagai makanan ringan @ junk food @ jajan.

🍀Tetapi sedarkah kita semua bahawa junk food ini adalah salah satu penyebab kepada segala punca penyakit di zaman moden ini. Daripada sekecil2 masalah seperti anak yang picky eater, anak tak suka makan nasi, sehingga kepada masalah yang lebih besar seperti masalah kegagalan buah pinggang, dan sebagainya yang tarhasil daripada amalan pemakan yang tidak sihat ini.

Jom kita lihat apa bahayanya jajan ni kepada diri dan tubuh badan kita. Semoga sama2 memberi manfaat buat kita semua.

👇👇👇👇👇👇👇👇

🍟 Punca badan letih - Walaupun makanan ringan dan makanan segera boleh mengenyangkan perut, tapi produk ini kekurangan nutrien yang diperlukan seperti protein dan karbohidrat yang berfungsi menjadikan tubuh anda bertenaga dan sihat. Jika anda mengambil produk ini setiap kali kelaparan, anda boleh menjadi letih. Makanan ini mengurangkan tenaga dalam badan dan sampai satu tahap menghalang anda melakukan tugas harian dengan berkesan.

🍕 Kemurungan - Fasa tumbesaran anak2 ataupun remaja menyebabkan badan mereka mengalami banyak perubahan hormon. Contohnya, mereka mudah terdedah kepada perubahan mood dan tingkah laku. Diet seimbang memainkan peranan penting untuk menstabilkan perubahan hormon itu. Kerana kekurangan nutrien dalam makanan ringan, kemungkinan remaja mengalami kemurungan akan meningkat 58 peratus. 

🍫 Ganggu penghadaman - Anak2 ataupun remaja yang ketagih makanan ringan berlemak akan hadapi masalah penghadaman seperti penyakit sindrom usus. Ini kerana makanan ringan kebanyakannya digoreng dan minyak yang terdapat dalam produk itu berkumpul dalam perut menyebabkan ‘keasidan’. Hal ini menyebabkan hakisan pada lapisan perut kerana kandungannya yang terlalu pedas dan kekurangan serat penting untuk pencernaan yang betul.

🍦 Ketidakstabilan tahap gula dalam darah - Makanan ringan sebenarnya tinggi kandungan gula yang menyebabkan metabolisme anda di tahap bahaya. Gula menyebabkan pankreas merembeskan lebih jumlah insulin untuk mengelakkan kenaikan drastik tahap gula dalam darah. Oleh kerana makanan ringan tidak mempunyai nutrien mencukupi, paras gula dalam darah akan menurun secara tiba-tiba selepas makan. Ini menyebabkan anda cepat marah dan meningkatkan ketagihan anda pada makanan ringan.

🍬 Membahayakan jantung - Produk bergula ini meningkatkan tahap kolesterol iaitu faktor utama yang menyumbang pada penyakit jantung. Selain itu, lemak yang terkumpul dalam badan menyebabkan anda menjadi lebih gemuk. Lebih banyak berat badan bertambah, lebih tinggi risiko penyakit jantung. 

🍔 Risiko penyakit buah pinggang - Percaya atau tidak, kentang goreng dan kerepek yang biasa didapati di restoran francais mengandungi jumlah garam yang tinggi berfungsi meningkatkan air liur dan rembesan enzim yang meningkatkan ketagihan anda. Kandungan tinggi lemak yang tidak baik dan natrium dari garam meningkatkan tekanan darah dan memberi kesan kepada fungsi buah pinggang.

🍰 Menghalang diet seimbang - Ketagihan pada makanan ringan boleh menghalang anda melakukan diet seimbang. Diet yang berkesan memerlukan pengambilan makanan yang tinggi kandungan protein dan karbohidrat, tapi ketagihan pada produk tinggi gula itu boleh mengganggu proses diet anda.

🍀Melihat kepada kesan buruk yang akan kita dapat dengan hanya memakan makanan2 ringan ini sudah semestinya menjadi satu kebimbangan yang besar buat kita semua kan? Adakah anda tidak merasai KEBIMBANGAN seperti yang saya rasakan???

🍀Cik pah mempunyai anakanda yang masih lagi kecil..lingkungan umur 3 tahun..alhamdulillah cik pah masih lagi mampu untuk mengawal pengambilan jajan ni. Memang kontrol habis. Tetapi tidak dinafikan kadang2 ada juga terbabas tetapi masih lagi terkawal. Daripada kita memberikan makanan ringan atau fast food atau junk food ni, alangkah lebih baik jika kita tukar kepada makanan yang lebih sihat kan!!!

Untuk mendapatkan makanan yang lebih sihat, anda boleh hubungi cik pah di talian 019 9565672. Jom kita sembang2 tentang makanan sunnah yang TERBAIK UNTUK ANAK2 dan SEISI KELUARGA.

💐SIHAT DAPAT..PAHALA PUN DAPAT💐

No comments:

Post a Comment

.. Feel Free To Comments ..