Assalamualaikum semua....
Oleh kerana minggu ini adalah minggu untuk Penyusuan Susu Ibu bagi cik pah, dan kerana Qaseh Gold juga adalah 1 produk yang menyokong Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif, maka segala entry daripada cik pah minggu ni adalah tentang susu ibu dan segala info yang berkaitan dengan penyusuan susu ibu..
Bercakap tentang susu ibu jer..hati ni terasa excited sangat..tak tau kenapa..hehe..mungkin sebab Allah juga telah memberikan peluang kepada cik pah untuk sama2 merasai seronoknya menjadi BREAFEEDING MOTHER..satu impian yang menjadi kenyataan..hehehe
Alhamdulillah, cik pah bersyukur sangat sebab dengan izin Allah cik pah dapat menyusukan anakanda uzma bermula dari dia lahir sehingga sekarang dah hampir 2 tahun setengah. Banyak sangat pengalaman dan ujian yang ditempuhi sepanjang menyusukan uzma. Tapi apa yang mendorong untuk cik pah terus berjaya adalah semangat dan dorongan dr diri sendiri dan support darpd suami serta menggali segala ilmu tentang breastfeeding ni.
So cik pah wat rumusan dulu untuk 1st entry hari ni yer..nak bf anak, apa yang penting adalah :-
✔ keinginan daripada si ibu sendiri - kalu hati x 100% nak bf anak, atau hangat2 tahi ayam jer, memang tak kan menjadi punyer
✔ ilmu tentang bf - kalau tak gali ilmu pasal bf ni, kita akan terumbang ambing coz bukan semua orang di luar sana yang 100% support bf ni. So kalau kita x der ilmu, bukan senang nak pertahankan STAND kita on bf ni dan mudah kita rase down bula diperlekehkan @ dipersoalkan oleh org lain.
✔ support 100% - support memang sangat penting. Support yang paling kuat adalah daripada suami, insan paling dekat dengan kita. Pengalaman cik pah sendiri, suami memang sangat2 membantu untuk fully bf anak.even kalau ada yang berbisik2 ke..pandang sebelah mata ke..dia cepat2 backup cik pah. Alhamdylillah. Berkat jugak kita yang gali ilmu dan sampaikan kat dia. Kalau kita x der info pasal bf, mesti susah nak yakinkan suami kan? Kalau fia x yakin, agak2 dia nak support kita 100% ke tak? Fikir2 kan..
✔ alat bantu menyusu - alat2 untuk support penyusuan susu ibu berlambak kat pasaran sekarang. Daripada pam susu, sterelizer, beg fan plastik simpan susu, ice pack, dan sebagainya semua dah tersedia di pasaran. Nak yang mahal..yang murah..yang branded..yang local..semua dah ada..tinggal kita je untuk bertindak.
✔ supplement - supplement untuk membantu ibu2 yang nak menyusu untuk mendapatkan kualiti dan kuantiti susu yang banyak pun ada di pasaran..dr yang herba..yang natural..yang moden.. semua dah tersedia. Tetapi..yang perlu kita FAHAM dan SEDAR, supplement adalah salah satu aspek yang mendorong pengeluaran susu ibu, tp bukannya semata2 makan supplement akan banyakkan susu ibu sekiranya KONSEP PENYUSUAN SUSU IBU tidak kita patuhi. Sebab itu cik pah bagitahu awal tadi..ILMU..ILMU..ILMU tentang penyusuan susu ibu itu TERAMATLAH PENTING!!! jangan nanti salahkan supplement pula apabila susu ibu tetap sedikat atau x keluar even dah ambil supplement. Konsep mesti betul yer!!!
Panjang betul perkongsian hari ni..insya allah cik pah stop kat sini dulu..dan kita sambung semula dalam entry yang seterusnya..

No comments:
Post a Comment
.. Feel Free To Comments ..